Thursday, September 30, 2010

Memeperkenalkan Konsep Geometri pada Kanak-Kanak...


Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri.
Sebenarnya penerapan konsep geometri telah ada semenjak kita kecil lagi.  Ketika kita kecil, ibu bapa telah membeli permainan kepada kita yang mempunyai pelbagai bentuk. 
Dengan menggunakan alatan-alatan ini, secara tidak langsung, kanak-kanak akan mengenal bentuk – bentuk geometri secara tidak formal. Ini kerana geometri ini merupakan suatu seni yang boleh merangsang pemikiran kanak-kanak. Penyusunan blok dan mozek membolehkan kanak-kanak menyelesaikan masalah – masalah bentuk-bentuk yang dikehendaki. Kanak-kanak digalakkan meneroka dengan bebas bahan-bahan geometri dan membuat penemuan secara sendiri ciri-ciri dan struktur bahan. Sementara mereka bermain, murid-murid boleh dinilai oleh guru melalui pemerhatian secara tidak formal cara murid berfikir. 
Sebenarnya, mempelajari geometri adalah sesuatu yang menyeronokkan.  Guru boleh mempelbagaikan aktiviti di dalam bilik darjah.  Sebagai contoh, beri murid 3 batang straw untuk membentuk sebuah segitiga.  Kemudian, biarkan mereka meneroka bentuk segitiga yang pelbagai.  Di sini guru boleh memperkenalkan istilah sisi, sudut dan sebagainya.  Murid boleh membawa, penyungkil gigi ataupun tanah liat untuk mereka bentuk-bentuk yang terdapat di sekeliling mereka.  Banyak lagi konsep geometri boleh didedahkan kepada murid seperti tangram, symmetry, tesselation, origami dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment